UPSR Tidak Akan Dimansuhkan – Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan sebagai peperiksaan awam yang penting, jelas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pihak kementerian tidak ada perancangan untuk memansuhkan UPSR kerana ia menilai pencapaian pelajar dalam mata pelajaran teras.

“Apa sahaja keputusan pelajar, mereka akan naik ke Tingkatan Satu.Tetapi ibu bapa dan guru-guru pastinya mahu tahu tahap pelajar-pelajar ini , jadi dengan itu juga kami akan tahu bagaimana untuk membimbing mereka dengan lebih baik di peringkat sekolah menengah,” jelasnya kepada media ketika membuat lawatan di SK Presint 16(2) pada hari pertama UPSR bermula, Selasa.